Friday, 1 March 2013

RESEPI KARIPAP KENTANG






Assalammualaikum..
Petang2 gini,nak2 ujan pulak kt luar sana tu..mula la perut ni duk berbunyi2 mintak di isi..
Memandangkan hari ini mood rajin sikit,tiba2 datang idea nak buat karipap..he3..
Tapi kene cek dulu,ada ke tidak bahan2 nye tu..kalau tak ada,compem misi di batalkan..ngeh3..
Setelah menyelongkar lemari dapur,fuh..bahan yang diperlukan semua ada.
Maka bermulalah sesi main masak2.
Jum tengok bahan yang di perlukan.

Bahan2 untuk kulit karipap:

  • 1/2 kilo tepung(ikut suka,kalau nak buat sikit leh kurangkan)
  • 2 sudu besar marjerin/mentega(cairkan atas dapur)
  • 2 sudu minyak masak
  • Sedikit garam(larutkan dalam air suam)
Cara2:
  • Di dalam kuali,panaskan minyak masak bersama mentega/marjerin sampai mendidih.
  • Kemudian di dalam bekas yang lain,masukkan tepung.
  • Selepas itu tuangkan mentega/marjerin yang telah di panaskan tadi,kacau hingga sebati.
  • Last sekali tuang larutan air garam,dan uli sehingga menjadi doh.
  • Biarkan doh sebentar


Inti karipap:
  • 5 biji kentang(di potong dadu)
  • 1 biji bawang besar(di potong  dadu)
  • 2 ulas bawang putih(hiris)
  • 2 sudu besar rempah kari daging
  • 2 tangkai daun kari
  • sedikit minyak
  • air
  • garam

Cara2:
  • Panaskan kuali,tuang sedikit minyak
  • tumis bahan2 spt bawang merah,bawang putih serta daun kari
  • setelah naik bau,masukkan rempah kari
  • kemudian masukkan kentang dan sedikit air
  • last sekali letak garam,kacau2 sedikit..biar sampai ubi kentang empuk
  • siap

Maka bermula la sesi menguli dan mengelim karipap ye..Kalau rajin bleh la kelim sendiri,Kalau malas guna je acuan..heheheh

SELAMAT MENCUBA




12 comments:

sal ya said...

boleh la menguli lepas dah ada peti nnt. rs mcm nak buat hari ni pun ada. hehehe...

nurbijen said...

wah, menarik..... nanti nak cuba! tak pernah lagi masak karipap, hehehhe

nurbijen said...

Terima kasih letak resepi... nampak kena boleh cuba ni, takde la rasa susah sgt....

Jemput datang blog saya yg ni:
http://ceritadanishdanumi.blogspot.com

Haryati Faizal said...

teringat karipap yg mak sy buat... tiba2 teringin pulak hihi

QasehnyaRania said...

morning..saya selalu guna acu je.nak mengelim sendiri tak kot..hihi

MaMa3HerOO said...

tq sume..silalah cuba..saya pun bknyer pandai sgt nak membuatnye..kalo x kerana mak yg ajar..mmg x tau nk buat.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

sedapnyerrr...wani slalu beli jer kihkihkih

MaMa3HerOO said...

wani..kdg2 tu bli jgk..bile dtg mood rajin..tu yg buat..

Ema Blog said...

tahu makan dn beli jer

hainom OKje said...

My faveret ni....tp nk buat malas...kalau legal dating banyak banyak mesti sedapkan...

izan mama mia said...

jap lg kena buat karipap,..semalam hubby dah beli kentang..uhu

QasehnyaRania said...

suka karipap sardin..

sy pakai acuan je.. nk mengelim sendriri ntah bila dapat makan.. hihi

Get this tabber widget

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...